Friday, January 28, 2011

FAMILY DIZEK

salam buat semua...bertemu lagi kita pada kali ni...sekarang aku akan ceritakan lebih lanjut berkaitan ngan family aku.....tujuan aku cerita kan untuk berkongsi dan kawan2 semua dapat kenal aku dengan lebih jelas.....
Dalam family aku..kami namakan family DIZEK...

Untuk pengetahuan rakan pembaca blog aku....family DIZEK mempunyai 8 orang ahli (termaksud abah n mak)...nama ketua family DIZEK ialah Dzaraly bin Muda....merupakan seorang ketua family yang aku sangat kagum dan menjadi idola aku...berkerja sebagai guru di Sekolah Men Keb Bukit Sawa, Marang. Terengganu..kiranya dah menjadi guru ni 28 tahun dah...lagi 5 tahun pencen la....panggilan untuk kami semua adalah ABAH...abah merupakan seorang individu yang memahami anak2...boleh di bawa bincang dan yang paling aku kagum...suka tolong orang (macam aku)..hehe...abah merupakan guru kaunselor dan aku mengakui abah sangat sibuk...boleh dikatakan sekolah adalah rumah number 2 beliau...bagi aku..abah seorang guru yang cemerlang dan terbilang..abah selalu pastikan sususan program untuk pelajar berjalan lancar...dari sudut kokurikulum dan akademik..kebanyakkan masa pada hujung minggu abah akan sibuk dengan sekolah dan kami semua sangat memamahi abah....abah sentiasa ada disamping kami sekeluarga...jika kami ada masalah abah la tempat rujukan....didikan yang abah belikan memang tegas pada waktu kecil tetapi apabila aku dah besar...abah adalah seorang kawan baik dan aku senang untuk berkongsi apa jua masalah....kemudahan dan didikan yang abah berikan adalah sangat baik...aku bersyukur kerana mempunyai abah yang sangat baik dan penyanyang...ABAH ADALAH IDOLA ASIR....

Permaisuri ABAH dan juga "syurga" kami ialah MAK...nama beliau adalah ZABEDAH BINTI MOHD SALLEH...berasal dari Selangor....mak berkerja sebagai guru....di sekolah Keb Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu....pengalaman berkerja sama dengan abah (mak n abah belajar ditempat yang sama..nanti aku cite k)....merupakan permaisuri yang sangat setia dan dikasihi oleh abah.....mak merupakan idola aku jugak.....kematangan dan ketegasan mak adalah semangat bagi kami semua...mak merupakan seorang yang sangat baik dan pentingkan pelajar buat kami semua...mak akan pastikan pendidikan yang kami perolehi adalah baik untuk di masa akan datang...mak pernah memberitahu aku...."mak nak anak mak semuanya ada degree n ke atas"..semangat mak la yang membuatkan aku kuatkan semangat untuk belajar walaupun aku mengetahui aku ni pemalas..hehe...walaupun mak n abah berkerja..tetapi mak akan menyediakan makanan yang secukupnya untuk kami semua..aku memuji makanan yang paling sedap adalah masakan mak.....mak juga seorang yang sangat tabah dan seorang yang jujur..aku bersyukur kerana diberikan ibu yang sangat baik dan aku kagumi di dunia ini...aku bersyukur mempunyai ibu n bapa yang sangat baik....alhamdullih...mak...ASIR SANGAT SAYANG MAK....

sekarang aku nak kongsi pulak pasal adik beradik aku....kami semua adalah 6 saudara....2 lelaki dan 4 perempuan.....memulakan penceritaan ini adalah akak yang sulung.....nama beliau adalah HAJAR RUBIHAH BINTI DZARALY..panggilan untuk kami adalah HAJAR...merupakan anak pertama untuk family DIZEK....seorang yang sempoi tetapi tegas...sekarang berkerja sebagai doktor di Hospital Kuala Terengganu....hubungan aku ngan hajar adalah sangat rapat....seorang akak yang aku kagum dan nakal....disayangi oleh kami semua adik-baradik..rajin dan sangat menghormati orang tua...hajar merupakan idola bagi kami semua....kakak yang selalu membantu adik2 dan memberi semangat kepada kami semua....banyak yang aku belajar dari kakak aku ni....banyak nasihat yang diberikan kepada aku...banyak juga duit yang diberikan...hehehe....walaupun hajar belajar diasrama sejak di sekolah lagi..tetapi hubungan kami sangat rapat...selepas sekolah hajar belajar di luar negara....pengalaman dan kematangan sewaktu berada diluar membuatkan hajar seorang yang kuat.....aku sangat besyukur kerana mempunyai kakak yang sebaik hajar....hajar adalah kakak yang baik dan asir kagumi....

number 2 dalam family dizek..adalah orang yang paling perasan..MOHD BASYIR DZARALY...panggilan adalah ASIR...merupakan abang dalam family dizek...dalam family aku adalah seorang yang sangat degil n pemalas..tetapi disukai oleh semua orang...sebab rajin sangat(puji diri sendiri)....cukup2 la....nextt please...

Number tiga adalah perempuan bernama NURUL DIANA BT DZARALY..panggilan ANA..sekarang masih belajar di MSU..bahagian degree biologi kot...(maaf ana..lupa pulak)..hehehe...ana adalah orang yang paling rapat dengan aku...maybe sebab hajar duk asrama dan aku ni abang yang baik..so aku ngan ana memang rapat....seorang yang garang dan agak tegas tapi hati sangat baik....asir kagum ngan ana..sebab seorang yang sangat berani dengan keputusan ana...bukan maksud keras kepala tetapi prinsip dalam diri ana...ana ni seorang yang rajin kemas umah dan memasak(tomyam)..kepada pembaca semua...ana ni pandai masak sebab belajar ngan abang dia (AKU la)...aku sangat kagum dengan semangat dan keberanian ana ni....boleh hidup diluar n berani dalam membuat keputusan...ana juga tegas ngan adik2 lain...kiranya ana menggantikan hajar ketika hajar tiada di rumah....minatnya pada cite korea..sangat minat..sampai kami pernah gaduh pasal tv ni..hehehe....kehadiran ana adalah untuk kami semua..ASIR SAYANG ANA...

Keempat adalah seorang lelaki.....nama beliau...MOHAMMAD IKHWAN DZARALY..tetapi panggilan di rumah adalah BASRI...pernah jugak aku bertanya kpd mak n abah..kenapa basri....sebabnya..nama aku kan basyir....so senang nak panggil untuk lelaki number 2 ni...dinamakan basri....sekarang ni basri belajar di Poly Teach Mara, Kota Bharu...dalam diploma IT..nanti nak sambung degree..pointer pun boleh tahan..kalah abang dia ni.....aku mengakui memang waktu kecik2 dulu...kami selalu bergaduh....maybe bari sorang je adik lelaki...aku mengakui aku kurang rapat dengan basri..basri lebih rapat dengan ana n hajar....tetapi asir sangat sayangkan bari....aku janji akan jadi abg yang baik dan akan menjaga anugerah ni dengan sebaik2nya..asir akan sokong bari...bari kene berjanji yang bari kene matang k....aku sangat kagum dengan basri sebab dia selalu take care family......kepada basri...asir sangat menyanyangi basri...

Kelima ni..adalah perempuan...nama beliau adalah MUNIRAH BT DZARALY......panggilan IYAH....sekarang belajar di UITM, Kuantan dalam jurusan undang2....sebenar,,dalam family aku..jarak antara kami ni 2 tahun semuanya...iyah ni boleh dikategori sebagai manja sebab menjadi anak bongso selama 8 tahun sebelum kelahiran yang ke 6.....hobi iyah adalah tengok cite korea....seorang yang sempoi dan suka melawan aku ni..hehe....aku sangat kagum ngan iyah ni....seorang yang berdikari dan rapat dengan mak....yang paling aku kagum sebab iyah berfikiran matang....walaupun aku sebenarnya suka menyakat iyah ni....tetapi asir nak iyah tau...asir sangat menyanyangi iyah...kalau iyah ada problem...bagitau je k...

Kini tiba la gilaran yang terakhir number 6...nama MARHA IZZATI BT DZARALY....masih belajar di sekolah kebangsaan kepong, Kuala Terengganu......panggilan adalah ADIK...memang diakui adik ni seorang yang sangat manja..ye la....semua akak n abang dah besar pastu belajar di luar...adik memang manja..kehadiran adik adalah anugerah yang tak terhingga...adik adalah melengkap bagi family ni..adik adalah keceriaan kami....aku dapat mengingati dengan jelas kelahiran dan proses pembesaran adik..adik sangat manja ngan aku....kalau aku balik mesti dia akan cakap..biler asir nak balik....adik nak asir duk lama kat umah...memang sweet...hehe...

Begitu la...cerita semua family aku....walaupun kebanyakkan kami semua belajar jauh...tinggal mak, abah, adik n hajar....tetapi kalau ada kelapangan kami semua akan balik dan makan besar....kami juga akan pergi bercuti di Malaysia ni....semuanya adalah anugerah yang aku bersyukur....terima kasih kepada yang membaca..kalau ada rezeki...aku akan tulis lagi...wasalam...

Thursday, January 27, 2011

SIAPA BASYIR????????

Salam....salam perkenalan dan selamat membaca kepada semua yang melayari blog aku..ni ada pertama kali aku menulis blog dan aku berazam untuk menulis dan terus menulis...banyak pengalaman yang ingin kita sama2 boleh kongsikan...nama aku adalah MOHD BASYIR BIN DZARALY..boleh panggil BASYIR ATAU BASH (FB aku BASH DZARALY)...panggilan untuk family ASIR (ni untuk family je termasuk pak cik2 n mak cik serta sepupu ku)..berasal dari KUALA TERENGGANU..dan membesar di situ....mendapat pendidikan di PASTI dan di sekolah awalnya di MADRASAH DARUL TAQWA (cita2 abah nak jadi aku ni USTAZ)...selepas tu di SEK. KEB. KEPONG dan melanjutkan pelajar di SEKOLAH MEN. KEB PADANG MIDIN....selepas seminggu menjawab EXAM SPM aku di hantar oleh abah untuk belajar kemahiran ELEKTRIK di MIZA ELEKTRICAL DI BUKIT PAYUNG, TERENGGANU bagi SIJIL KEmahiran shaja.....dapat menghabiskan pelajar di sana selama setahun dan di tawar kan untuk sambung diploma..tetapi aku menolak sebab di masa yang sama aku dapat tawaran belajar di POLISAS(Politeknik Sultan Ahmad Shah), Kuantan dalam jurusan DIPLOMA AKAUNTANSI(akaun la)....selama 3 tahun...setelah berfikir..aku terima tawaran belajar (POLISAS) di IPTA sebab aku berpeluang untuk menjadi MAHASISWA....setelah bertungkus lumus di POLISAS....aku mendapat tawaran pula di UUM(Universiti Utara Malaysia) iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling....sampai la sekarang dan tinggal lagi setahun lebih untuk aku habiskan....sabar...n terus bersabar...
hobi aku sukan bola sepak, aktiviti lasak dan berfikir...aku ni jenis yang senang bergaul dan terus terang katakan aku ni sukar untuk DIFAHAMI(banyak berahsia kot)......suka buat kerja(program) dan mempunyai mental yang tinggi....masih lagi bujang dan bab cinta(nanti aku tulis secara jelas lagi diruangan akan datang)...itu sedikit sebanyak diri aku..maybe tak cukup dan aku akan tambah dari semasa ke semasa..kepada kawan2, pembaca blog aku..semoga kita dapat berkongsi apa jua mengalaman dan aku sedia untuk berkongsi...SALAM PENGENALAN