Saturday, February 19, 2011

AKU INGIN MENJADI .........................................

Assamualaikum dan salam sejahtera...syukur dapat jugak aku siapkan tulisan blog aku pada ari ni...memang minggu lepas banyak masa aku terisi ngan pengalaman baru..sangat syok dan best....pada kali ini.....aku nak kongsikan tentang angan2 dan impian setiap orang...aku ni seorang yang suka mencuba dan sukakan benda yang baru..hehhee..kita start dulu k....

AKU INGIN MENJADI INTELEKTUAL...






Aku memang ingin menjadi seorang yang berilmu...impian aku adalah untuk mendapatkan PHD....perjalanan aku memang bermula slow sikit...aku bermula dari diploma...sekarang degree dan target seterusnya sarjana dan PHD....impian sebegini adalah indah dan sangat best...untuk mencapai kejayaan kita akan bermula dengan kesusahan dan kepayahan...berdasarkan semangat dan mental yang kuat...aku yakin mampu untuk mengatasi...kini aku semakin hampir memenuhi impian MAK untuk mendapatkan degree...impian ABAH adalah untuk mendapatkan sarjana(master) dan impian AKU adalah PHD....aku bakal menjadi pendidik (cikgu)..melalui pengalaman ni aku akan kongsikan kepada anak murid nanti supaya mencapai impian dan harapan kehidupan...yang ptg hidup kene berusaha....aku selalu menasihat diri aku...SETINGGI MANA PUN KITA BERADA JANGAN SESEKALI LUPAKAN TEMPAT KITA BERMULA.....hope aku dapat impian ini....

AKU INGIN MENJADI MODEL




WOW!!!!....sapa yang sangka akhirnya aku dapat jadi model...aku memang meminati model ni tapi sebelum ni sapa la aku ni....hehehe....perkara macam ni(model) memang tak disangka2...terima kasih kerana sudi mengambil aku jadi model(ayat tak boleh blah)..heheh...kerjaya ni masih sangat baru dan perlukan banyak belajar cara posing....sebelum ni aku terlibat sebagai model UUM untuk hasilkan video koprat UUM..terima kasih kepada PBS(Pusat Budaya dan Seni), UUM sebab memberi peluang....aku pernah katakan muka aku ni boleh jual ke(majalah)..jujurnya ada yang katakan muka aku boleh untuk di jual(bukan di pasar malam)..hehhe..sekarang aku nak kuruskan berat badan dan menganggap kerjaya model sebagai sampingan dan cabaran serta pengalaman dalam hidup.....terima kasih buat along. sir, abg nazim, own, eina, nara, mat, jay, mira, farah, abg mat serta abg lan kerana permulaan aku sebagai model....

AKU INGIN MENJADI PENGACARA MAJLIS




menjadi pengacara majlis adalah minat aku sejak dari sekolah lagi..peluang banyak hadir ketika di POLISAS..setiap kali program aku akan memilih diri aku untuk menjadi pengacara majlis...di POLI tidak sehebat di UUM...apabila masuk di UUM, aku bermula sebagai pengacara majlis agak lambat..time sem 4 baru mendapat peluang...terima kasih sangat kepada saudara hafiz zakaria dan Cik Asss... sebab memberi peluang kepada aku....Di UUM aku banyak belajar tentang pengurusan (protokol or aturcara pentadbiran) semasa program berlangsung....impian aku untuk menjadi pengacara di dewan MAS(kebanggaan UUM) telah tercapai...buat masa ni peluang untuk menjadi Pengacara majlis memang kurang sedikit apapun aku tetap bersedia dan memberi komitmen apabila  diberi peluang.....

AKU INGIN MENJADI PEMIMPIN



Manusia yang lahir di muka bumi ini adalah khalifah(pemimpin).....banyak kategori kepimpinan yang ada...sikap kepimpinan aku bermula dari sekolah lagi dan aku jenis suka cabaran....peluang menjadi pemimpin banyak aku dapat ketika di POLISAS...memang sangat sibuk...aku memang jenis suka merancang dan suka kan cabaran....di UUM bakat kepimpinan aku semakin menyerlah..terlalu sibuk dengan program dan aku dikenali orang yang boleh diharapkan...di UUM aku tak banyak pegang jawatan(tanding je mesti kalah)..tapi tu semua pengalaman....sekarang aku lebih banyak belajar dan matang ketika menyelesaikan permasalahan dalam program..sapa duk dibawah aku memang tahu cara kerja aku yang agak sistematik...aku menggunakan pendekatan psikologi dan kerja sebagai satu team.....maybe kelebihan aku adalah aku seorang yang positif, relex dan komunikasi aku yang baik....aku tak takut dan suka mencuba....program yang besar dan kecil aku dah lalui...semua pengalaman ni aku akan bawa dalam cabaran di luar nanti..impian aku untuk menjadi pemimpin kepada rakyat memang ada dan jika peluang aku akan mengambilnya...yang penting pemimpin kene pandai dan bertanggungjawab...prinsip aku adalah untuk menjadi pemimpin yang disegani dan dicontohi...idola aku adalah Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz, Rasullullah dan DR M.....

AKU INGIN BERPEGANG KEPADA AGAMA





Dalam untuk mencapai apa jua impian...kita harus berpegang kepada agama...agama adalah cahaya dalam kehidupan kita.....aku bersyukur kerana di berikan didikan agama yang kuat oleh family...aku mengaku kadang2 aku terlupa dalam mengejar kehidupan...berpegang kepada falfasah..dunia ni sekadar pinjaman dan haruslah kita tidak lupa kepada agama....pelajaran agama tidak akan tamat sampai kita menghembuskan nafas yang terakhir..impian aku adalah untuk menjadi seorang pendukung agama aku...masih banyak yang perlu aku belajar dan ilmu ni masih sedikit...sebelum aku mendirikan rumah tangga...impian aku adalah untuk belajar di sekolah pondok dan akan mementingkan pendidikan agama dalam keluarga....

AKU SEORANG YANG VERSETAIL...





Aku ingin melompat dan terus melompat mencapai apa jua cabaran dan pengalaman dalam hidup ini....aku memang jenis versetail, mudah bergaul serta giler2....aku memang nak mencuba dan terus mencuba selagi berpeluang....di harap kepada pembaca enjoy membaca blog aku...aku akan terus tulis dan sekiranya ada pandangan dan persoalan..jangan malu n segan..tanya je...kepada kawan2 jangan la kita takut dan kalah dalam cabaran hidup...dugaan kehidupan akan mematangkan kita seandainya kita belajar...tak salah kalau kita gagal jika kita berusaha....hope motivasi ni kawan2 sekali dapat menghayati...jadilah diri sendiri k

4 comments: